Momokkan seperti ini yang disemai dalam jelajah PR untuk
PRU13. Pembekuan pinjaman PTPTN bagi pelajar Unisel bukti bahawa Kerajaan
sekarang sudah tidak relevan untuk memerintah? Jika benar, adakah PR akan
menjadi pilihan rakyat khususnya anak muda?
“Bagi pelajar yang sudah menerima PTPTN, pinjaman mereka akan
diteruskan seperti biasa. Pembekuan ini hanya libatkan permohonan baru,” –DS Khaled Nordin.
MS tertarik apabila pembekuan PTPTN bagi pelajar
Unisel ini disifatkan sebagai menghukum mahasiswa yang menyokong dasar
pendidikan percuma Pakatan Rakyat. Jika benar, sejauhmanakah pembekuan ini menghukum?
Kenyataan media Pengarah Biro Mahasiswa yang mempersoalkan tindakan ini PTPTN
ini seolah-olah lupa dengan janji-janji PR sendiri.
Bukankah PTPTN sudah tidak relevan? Seharusnya, pembekuan
PTPTN tidak sepatutnya dijadikan isu bahkan menjadi bonus bagi PR mengotakan
janji mereka. Jika profesionalisme yang menjadi persoalan pembekuan PTPTN ini,
maka Exco Pendidikan Selangor, Dr Halimah Ali yang sepastinya jelas naluri
seorang wanita, naluri keibuan lebih mengerti naluri anak-anak yang menanti
janji dikota.
Apa kata buktikan sekarang sebelum anak-anak muda di
negeri-negeri lain memberikan undi mereka kelak. Inilah masanya.
Cadangan lain, Pengarah Biro Mahasiswa bolehlah mengetuai
demo “Occupy Unisel”. Berkhemah dan tuntutlah hak bagi nilai undi anak muda.
Realitinya kini, ramai telah menerima surat tawaran
penukaran ujrah 1% daripada pihak PTPTN. Kos pentadbiran yang selama ini
dikenakan 3% kini boleh ditukar menjadi 1% dengan syarat para peminjam perlulah
mengemaskini surat tawaran. Adakah PTPTN masih lagi membebankan atau menindas?
Yang masih taksub, tetap akan kata PTPTN tidak relevan.
Pendidikan akan terus dipolitikkan selagi PR tidak memerintah.
p/s: Pasti berita gembira jika pendahuluan RM500 yang
dikenakan itu percuma. Mana tidak, bukankah pelajar-pelajar IPT lain dapat
pendahuluan RM1500 ?Jelas, Unisel sahaja yang bermasalah.
No comments:
Post a Comment