Tuesday 29 May 2012

Nizar Jamaluddin usah buat Kesultanan Johor murka

Bagi mereka yang meminati kereta, memiliki nombor plat yang cantik merupakan salah satu bentuk kepuasan yang ingin dimiliki. Sebelum pengumuman dibuat tentang keputusan bidaan plat WWW, ramai yang berangan-angan untuk memiliki plat kenderaan berkenaan. WWW simbolik kepada World Wide Web menjadi rebutan. Akhirnya bidaan tertinggi WWW1 jatuh kepada DYMM Sultan Johor dengan jumlah RM 520,000. Bidaan tertinggi dalam sejarah Malaysia.





YB Nizar juga menggambarkan seolah-olah DYMM Sultan Johor telah mengabaikan kebajikan dan rakyat Johor yang miskin semata-mata bagi kepentingan DYMM Sultan Johor sendiri. Jika benar Kesultanan Johor selama ini memperlekeh dan tidak menjaga kebajikan rakyat Johor, sepastinya kita tidak akan melihat rakyat Johor sendiri mempertahankan DYMM Sultan Johor baik di facebook, blog dan twitter. Sebagai contoh:  SINI dan SINI.

Respon  DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor;
Keluarga Diraja Johor tidak pernah mengambil apa-apa Wang daripada kerajaan sejak zaman Almarhum Sultan Ibrahim. Silalah bertanya kepada MB atau dari pegawai yang berkaitan. Wang yang diperuntukkan kepada Bapa saya dan saya setiap bulan sebagai Sultan dan Tunku Mahkota dimasukkan ke dalam Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim. Ini bertujuan (Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim) untuk membantu rakyat dan Kerajaan Negeri Johor. Sejak saya menjadi Raja Muda, tidak sekali-kali saya mengambil 1 sen daripada kerajaan hingga ke hari ini. Ia Wang Rakyat saya. Jadi sebelum Anda buka mulut anda, sila selidik.

Jika tindakan DYMM Sultan Johor ini dilihat memakan duit rakyat, sila perjelas bagaimana pula dengan plat Nik Aziz (DV1) dan Azizan (KCX8)? Perbandingan mudah boleh dibuat jika hendak dibandingkan kemampuan membeli antara DYMM Sultan dan juga Menteri Besar. Cuba selak sejarah, siapakah Yang Dipertuan Agong ke-8 yang dilabel “Raja Tak Bergaji” kerana telah mendermakan kesemua elaun berjumlah RM3.8 juta kepada badan kebajikan. Jika dipersoal dari segi kemampuan, DYMM Sultan Johor lebih daripada mampu untuk membida plat berkenaan.



p/s: Meskipun DYMM Sultan Johor bukanlah Sultan Perak, usahlah hendak menderhaka. Tarik balik jika benar YB Nizar faham dan hormat akan institusi beraja. Usah menderhaka.

Perjuangan Yang Belum Selesai

Mendefiniskan perjuangan dengan mudah tanpa rujukan apabila kita mempertahankan dan melindungi sesuatu yang menjadi hak dan kepentingan kepada kita khususnya apabila adanya ancaman.

Sejauhmanakah pula kita mendefinisikan perjuangan? Adakah perjuangan itu adalah pelaksanaan kata-kata semata-mata? Ataupun perjuangan yang digambarkan ibarat mencabut kemuncup?

Memetik kata-kata Presiden Soekarno, “Berikan saya 10 orang belia waja, nescaya akan saya gegarkan dunia.”. Kalaulah kata-kata yang sama ditujukan kepada anak muda kini, ada sesiapa yang mahu dan layak menawarkan diri?

Pemuda-pemudi tiang masa hadapan negara. Semboyan sudah lama berbunyi, bangkitlah dari lena dan leka, sama-sama tunaikan kewajipan kita demi Agama, Bangsa dan Tanah Air.


 
Sahabat, peganglah kata-kata ini;
Perjuangan kita belum selesai,
Kerana hanya yang cekal dan tabah,
Dapat membina mercu tanda
Bangsanya yang berjaya.




Sunday 27 May 2012

Salam Alif Ba Ta


Katanya demi perjuangan, ia tidak kenal siapa. Berkongsi atas landasan dan hala tuju yang sama, MS bangkit bersama membawa suara golongan hawa.
Jangan kata kami hanya tahu bergosip dan membeli-belah.
Jangan kata kami golongan yang lemah.
Kami juga ingin bersama kalian.
Biar kita seiring dan sejalan, capai matlamat yang satu.
Demi Agama, Bangsa & Tanah Air.

Salam Perjuangan & Selamat Datang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...