Tuesday, 29 May 2012

Perjuangan Yang Belum Selesai

Mendefiniskan perjuangan dengan mudah tanpa rujukan apabila kita mempertahankan dan melindungi sesuatu yang menjadi hak dan kepentingan kepada kita khususnya apabila adanya ancaman.

Sejauhmanakah pula kita mendefinisikan perjuangan? Adakah perjuangan itu adalah pelaksanaan kata-kata semata-mata? Ataupun perjuangan yang digambarkan ibarat mencabut kemuncup?

Memetik kata-kata Presiden Soekarno, “Berikan saya 10 orang belia waja, nescaya akan saya gegarkan dunia.”. Kalaulah kata-kata yang sama ditujukan kepada anak muda kini, ada sesiapa yang mahu dan layak menawarkan diri?

Pemuda-pemudi tiang masa hadapan negara. Semboyan sudah lama berbunyi, bangkitlah dari lena dan leka, sama-sama tunaikan kewajipan kita demi Agama, Bangsa dan Tanah Air.


 
Sahabat, peganglah kata-kata ini;
Perjuangan kita belum selesai,
Kerana hanya yang cekal dan tabah,
Dapat membina mercu tanda
Bangsanya yang berjaya.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...