Showing posts with label Anak muda. Show all posts
Showing posts with label Anak muda. Show all posts

Tuesday, 15 January 2013

Ikon Mahasiswa Baru? #bawani #uum




Jika dahulu video gangnam, kini video yang melibatkan Presiden Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) dengan seorang pelajar daripada institusi yang sama.

Trend yang sama juga dilihat sama dengan situasi apabila Adam Adli, Safwan Anang hendak menjadi popular. Cuma berbezanya apabila yang hendak dinaikkan ini merupakan ‘heroin’ yang merupakan pelajar berbangsa India serta pelajar perundangan semester 3. Dia juga telah bertanding kerusi umum dalam PRK yang lepas, namun telah dikalahkan oleh calon-calon lain.


Bawani a/p Kaniapan
5 September 1985
Sarjana Muda Undang-Undang, Semester 3


#justice4bawani #salutebawani #weareallbawani ?



 
  “With my great comrade & ayahanda Dr Nasir Nashim. Always inspiring his thought”

 Mesyuarat May Day di office PSM pada tahun 2010?



MS melihat ada pihak yang mahu mengambil kesempatan isu ini. Jika benar hendak memperjuangkan tentang nasib Bawani ini, kenapa baru sekarang sedangkan forum telah dilaksanakan pada 8 Disember tahun lepas? Suatu tempoh yang agak lama.

Bersuara tentang keadilan? Di mana keadilan bagi penganjur, pelajar, MPP dan pihak UUM? Hal ini adalah antara Bawani dan Presiden SW1M. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.  Situasi yang sama berlaku di UPSI dahulu.

Ini kenyataan daripada pelajar yang menjadi Penasihat program ini. 




Adakah ini ikon mahasiswa?


Sunday, 29 July 2012

Hilangnya Nilai Sebuah Kemerdekaan


Tidak lagi seperti dulu.


Hari Kemerdekaan menjelang tiba. Kempen kibarkan Jalur Gemilang juga telah dilancarkan. Namun, mengapa lebih banyak bendera yang bersifat kepartian berbanding Jalur Gemilang? Ke mana hilangnya semangat mengibar Jalur Gemilang baik sahaja di bangunan-bangunan Kerajaan, premis-premis perniagaan, tempat-tempat awam bahkan di rumah?



Tidak dapat dinafikan aura PRU itu semakin kuat. Namun, kenapa semangat kemerdekaan itu tidak diterjemahkan pada ketika ia sedang menghampiri ulang tahunnya yang ke-55?



Itu belum lagi, Jalur Gemilang usang yang masih dikibar ditiang-tiang meski sudah koyak dan lusuh. Sedangkan lebih banyak bendera-bendera kepartian yang lebih gah berkibar berbanding Jalur Gemilang.


Gambaran awal, rasa cinta dan sayang yang telah luntur.


Kemerdekaan itu milik bersama, tanggungjawab bersama.

Ayuh, kibarkanlah Jalur Gemilang
Sila ambil perhatian baik proksi Kerajaan mahupun pembangkang. Kemerdekaan itu milik bersama, maka sepastinya menjadi tanggungjawab bersama. Jangan pula, lembu punya susu, sapi dapat nama.


Sebagai rakyat Malaysia, usah lupa bahawa kita juga bertanggungjawab. Jika orang luar sanggup datang secara haram kerana percaya bahawa negara kita lebih baik daripada negara asal mereka, kenapa tidak kita berbangga atas nikmat aman dan kemerdekaan?


Bukan perlu mengangkat senjata, hanya kibarkan Jalur Gemilang. Belajarlah mencintai dan menghargai nikmat kemerdekaan.



Jenama sebuah kemerdekaan.



Persoalan ketidakpuashatian mengenai tema, logo dan lagu kemerdekaan kini sedang rancak diperdebatkan. Jika pada mulanya tema Janji Ditepati menjadi persoalan dan permainan pihak pembangkang semata, kini logo dan lagu tema kemerdekaan semakin membara ketidakpuashatian rakyat yang pelbagai lapisan dan latar belakang.



Industri kreatif tanah air seolah diperlekeh. Konsep asas sesebuah logo, perlu mudah dan jelas. Logo bertindak menjadi ‘branding’ akan sesuatu produk. Analogi mudah. Jika logo tidak menarik atau telah menimbulkan banyak andaian negatif, adakah mungkin pelanggan akan memilih produk kita? Ada sesiapa yang melabur untuk rugi?

Janji sudah ditepati, kini masa balas budi?  Bagi MS, bait inilah yang memberikan impak paling tinggi dalam lirik lagu ini. Asas yang mencacatkan hingga wujudlah momentum yang memberi kredit kepada pihak lawan. 

Pertemuan PM bersama kepimpinan anak muda
Kredibiliti yang bertanggungjawab mula dipersoalkan. Kenapa? Mengapa? Bagaimana? Siapa? Pelbagai persoalan penuh tanda tanya. Biar siapapun yang terlibat, sepastinya kepimpinan perdana yang akan menerima tempiasnya. Jangan kerana kepentingan sendiri, tergadai perjuangan. Landasan perjuangan, demi agama, bangsa dan tanah air.

Kepimpinan mahasiswa juga telah turut bersuara, memohon keprihatinan kepimpinan negara berhubung isu ini. Bersuara dengan matang atas dengan aspirasi mahasiswa, tiada perlu panjat pagar. Inilah anak muda pewaris bangsa.

Jika mereka yang pro kerajaan sudah mula rasa sesuatu, apatah lagi yang sebaliknya. Jelas, tindakan perlu diambil segera.


Esok yang lebih baik.

Memenangi hati rakyat tidak patut didefinisikan dengan membeli hati rakyat semata-mata. Ia lebih daripada itu.

Usah lupa, kunci kuasa merdeka itu ada pada rakyat dan bakal diterjemah. Bukan sekadar menepati janji, bahkan merealisasi hari esok yang lebih baik.



Masa hadapan tentunya berbeza dari masa lalu. Kita tidak akan dan tidak boleh kembali kepada masa lampau. Oleh itu, kita mesti belajar cara untuk menghadapi masa hadapan kerana pelajaran masa lalu tidak mampu memberi jawapan. -Charles Handy



Monday, 25 June 2012

Pendedahan Dialog Ah Jib Gor Dengan Belia Cina di UM


Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya menjadi saksi apabila hampir 5 ribu belia Tiong Hua berkumpul dalam Majlis Dialog Bersama-sama Perdana Menteri Malaysia.

Majlis ini diadakan bertujuan bagi membolehkan belia-belia Tiong Hua berjumpa dengan YAB Perdana Menteri bagi mengusulkan idea-idea mereka di samping merapatkan belia-belia Cina dengan PM.

Sesi dialog ini telah dimanfaatkan sebaiknya apabila beberapa tuntutan diusulkan oleh 8 pertubuhan Cina kepada YAB PM.

Antara tuntutan yang diusulkan:  
             
1.   Belia Cina mohon mansuhkan 1% PTPTN
2.   Pengurangan cukai pendapatan dalam bajet nanti
3.   Mohon tubuhkan tabung belia Cina dengan kadar bunga rendah bagi memudahkan belia Cina memulakan perniagaan.
4.   Dapat menarik projek mega lagi bagi merancakkan ekonomi
5.   Kuatkuasakan/ ketatkan penguatkuasaan pencemaran alam sekitar

Antara persoalan yang diajukan:

Dalam melaksanakan program transformasi, apa pandangan Najib tentang peningkatan kritikan Cina yang makin meningkat.
“Kerajaan akan sentiasa mendengar pandangan setiap pihak untuk dipikir dan dilaksanakan jika ia mendatangkan manfaat kepada semua”. jelas PM.
Kerajaan tak nak dengar isu. Ramai yang main isu macam-macam harini. Kerajaan nak dengar cadangan penyelesaian, itu lebih penting daripada isu-isu.

Kenapa masih ada pegawai kerajaan masih mengkritik kaum Cina?
PM mengharapkan jangan ambil hati atau terasa hati jika ada 1 atau 2 orang memberi komen yang mengguris perasaan kaum Cina. Abaikan 1 atau 2 orang yang tak betul ini. Ia bukan daripada Kerajaan.

Sejauhmana Kerajaan dapat menjamin kaum Cina jika Kerajaan masih mengamalkan sistem kuota.
Isu kuota, tidak sepatutnya menjadi persoalan... Kita akan sentiasa membantu.
PM turut menyeru agar tidak berfikir dalam kelompok kaum.
“Jika fikir dalam kelompok kaum, memang kita tidak akan puas hati. Kita harus pikir kelompok sebagai Rakyat Malaysia. Jadi kita akan membantu bumiputera kerana bumiputera banyak ketinggalan’”.

Jika PAS menang banyak nanti sekiranya PAS mohon masuk kabinet, adakah BN akan terima?
Jika PAS masuk BN dalam PRU, maka adalah kabinet bersama.

Apakah langkah PM akan ambil supaya masyarakat sedar apa itu fitnah/ rasuah yang dibuat?
Tolong jangan beri jika nak kurangkan salah. Kena ubah budaya. Itu penting dalam menangani rasuah ini.
Kerajaan tengah struktur SPRM bagi tingkatkan kualiti isu rasuah ini. Dalam online boleh bagi senarai nama orang yang terlibat rasuah. Nanti kita akan memantau. Jangan asyik salahkan BN sahaja bila libatkan rasuah. PR pun ada.

Tangani rasuah, tangani fitnah.

Kita harus kuatkan penjelasan fakta yang sebenar. Perlu analisis dan jangan terpengaruh sahaja bulat-bulat.

Jika MCA kalah semua dalam PRU, adakah akan ada wakil Cina dalam kabinet?
Kena bantu undi MCA bagi menangla. Bukan soal ada atau tidak dan bukan soal pemimpin. Kita harus kerja kuat untuk menangkan MCA.
Please support MCA dan kuatkan kemenangan Kerajaan dalam PRU akan datang bagi masa depan yang lebih baik.

++++
Dalam majlis ini, PM ada menekankan bahawa program transformasi bukan untuk jangka masa pendek tetapi untuk mencapai negara maju. “Jangan melihat apa yang Kerajaan buat itu tidak mencapai kejayaan. Ia untuk jangka masa panjang dan mengambil masa,”.

Falsafah Sun Tzu, korbankan perak untuk emas yang bermaksud korbankan jangka masa pendek untuk jangka masa panjang. Pelaburan yang dibuat hari ini jangan dilihat sebagai agenda untuk PRU13 semata-mata bahkan bagi memastikan kedaulatan dan kemerdekaan negara tercinta ini adalah untuk selamanya.

Jika dilihat kepada persoalan dan usul yang diajukan, MS melihat bahawa belia Tiong Hua ini prihatin terhadap masa depan negara. MS percaya jawapan yang diberikan oleh YAB PM bukanlah sebagai jawapan kepada belia Tiong Hua ini semata-mata bahkan sebagai panduan kepada kita semua, khususnya golongan anak muda. 


Syabas dan tahniah kepada semua.

Sila SINI  untuk entry lain majlis ini.

Sunday, 24 June 2012

Ah Jib Gor Diraih Idola-Idola di UM

Sekarang sedang berlangsungnya Majlis Dialog Belia Cina bersama-sama YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Majlis ini berlangsung di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya. Dianggarkan seramai 5000 belia Tiong Hua daripada seluruh Malaysia turut bersama-sama dalam majlis ini.

Majlis ini didahului dengan forum perdana dan seterusnya sesi dialog bersama YAB Perdana Menteri.

Dilaporkan juga terdapat cubaan nakal daripada SMM, PMI dan Pro M yang cuba untuk merosakkan majlis ini. Namun apakan daya, jelas anak-anak muda Tiong Hua ini tidak terpengaruh dengan anasir-anasir yang cemburu dengan keramahan dan sokongan kepada YAB Perdana Menteri.

Majlis Dialog Belia Cina Bersama-sama Perdana Menteri

Tepukan gemuruh daripada sidang dewan


Persediaan sebelum majlis bermula

Dewan Tunku Canselor yang dibanjiri dengan belia yang hadir

I Love PM. What about you?


I LOVE PM.

Wednesday, 6 June 2012

PR Kunci Nasib Pelajar Unisel


Momokkan seperti ini yang disemai dalam jelajah PR untuk PRU13. Pembekuan pinjaman PTPTN bagi pelajar Unisel bukti bahawa Kerajaan sekarang sudah tidak relevan untuk memerintah? Jika benar, adakah PR akan menjadi pilihan rakyat khususnya anak muda?
“Bagi pelajar yang sudah menerima PTPTN, pinjaman mereka akan diteruskan seperti biasa. Pembekuan ini hanya libatkan permohonan baru,” –DS Khaled Nordin.
MS tertarik apabila pembekuan PTPTN bagi pelajar Unisel ini disifatkan sebagai menghukum mahasiswa yang menyokong dasar pendidikan percuma Pakatan Rakyat. Jika benar, sejauhmanakah pembekuan ini menghukum? Kenyataan media Pengarah Biro Mahasiswa yang mempersoalkan tindakan ini PTPTN ini seolah-olah lupa dengan janji-janji PR sendiri.

Bukankah PTPTN sudah tidak relevan? Seharusnya, pembekuan PTPTN tidak sepatutnya dijadikan isu bahkan menjadi bonus bagi PR mengotakan janji mereka. Jika profesionalisme yang menjadi persoalan pembekuan PTPTN ini, maka Exco Pendidikan Selangor, Dr Halimah Ali yang sepastinya jelas naluri seorang wanita, naluri keibuan lebih mengerti naluri anak-anak yang menanti janji dikota.

Apa kata buktikan sekarang sebelum anak-anak muda di negeri-negeri lain memberikan undi mereka kelak. Inilah masanya.

Cadangan lain, Pengarah Biro Mahasiswa bolehlah mengetuai demo “Occupy Unisel”. Berkhemah dan tuntutlah hak bagi nilai undi anak muda.

Realitinya kini, ramai telah menerima surat tawaran penukaran ujrah 1% daripada pihak PTPTN. Kos pentadbiran yang selama ini dikenakan 3% kini boleh ditukar menjadi 1% dengan syarat para peminjam perlulah mengemaskini surat tawaran. Adakah PTPTN masih lagi membebankan atau menindas?

Yang masih taksub, tetap akan kata PTPTN tidak relevan. Pendidikan akan terus dipolitikkan selagi PR tidak memerintah.

p/s: Pasti berita gembira jika pendahuluan RM500 yang dikenakan itu percuma. Mana tidak, bukankah pelajar-pelajar IPT lain dapat pendahuluan RM1500 ?Jelas, Unisel sahaja yang bermasalah.

Lebih info mengenai Ujrah 1%, klik SINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...