Tidak lagi seperti dulu.
Hari Kemerdekaan menjelang
tiba. Kempen kibarkan Jalur Gemilang juga telah dilancarkan. Namun, mengapa
lebih banyak bendera yang bersifat kepartian berbanding Jalur Gemilang? Ke mana
hilangnya semangat mengibar Jalur Gemilang baik sahaja di bangunan-bangunan
Kerajaan, premis-premis perniagaan, tempat-tempat awam bahkan di rumah?
Tidak dapat dinafikan aura
PRU itu semakin kuat. Namun, kenapa semangat kemerdekaan itu tidak diterjemahkan
pada ketika ia sedang menghampiri ulang tahunnya yang ke-55?
Itu belum lagi, Jalur
Gemilang usang yang masih dikibar ditiang-tiang meski sudah koyak dan lusuh. Sedangkan
lebih banyak bendera-bendera kepartian yang lebih gah berkibar berbanding Jalur
Gemilang.
Gambaran awal, rasa cinta
dan sayang yang telah luntur.
Kemerdekaan
itu milik bersama, tanggungjawab bersama.
Ayuh, kibarkanlah Jalur Gemilang |
Sebagai rakyat Malaysia,
usah lupa bahawa kita juga bertanggungjawab. Jika orang luar sanggup datang
secara haram kerana percaya bahawa negara kita lebih baik daripada negara asal
mereka, kenapa tidak kita berbangga atas nikmat aman dan kemerdekaan?
Bukan perlu mengangkat
senjata, hanya kibarkan Jalur Gemilang. Belajarlah mencintai dan menghargai nikmat kemerdekaan.
Jenama
sebuah kemerdekaan.
Persoalan ketidakpuashatian
mengenai tema, logo dan lagu kemerdekaan kini sedang rancak diperdebatkan. Jika
pada mulanya tema Janji Ditepati menjadi persoalan dan permainan pihak
pembangkang semata, kini logo dan lagu tema kemerdekaan semakin membara
ketidakpuashatian rakyat yang pelbagai lapisan dan latar belakang.
Industri kreatif tanah air
seolah diperlekeh. Konsep asas sesebuah logo, perlu mudah dan jelas. Logo bertindak
menjadi ‘branding’ akan sesuatu produk. Analogi mudah. Jika logo tidak menarik
atau telah menimbulkan banyak andaian negatif, adakah mungkin pelanggan akan
memilih produk kita? Ada sesiapa yang melabur untuk rugi?
Janji sudah ditepati, kini masa balas budi? Bagi MS, bait inilah yang memberikan impak
paling tinggi dalam lirik lagu ini. Asas yang mencacatkan hingga wujudlah
momentum yang memberi kredit kepada pihak lawan.
Pertemuan PM bersama kepimpinan anak muda |
Kepimpinan mahasiswa juga telah
turut bersuara, memohon keprihatinan kepimpinan negara berhubung isu ini. Bersuara
dengan matang atas dengan aspirasi mahasiswa, tiada perlu panjat pagar. Inilah
anak muda pewaris bangsa.
Jika mereka yang pro
kerajaan sudah mula rasa sesuatu, apatah lagi yang sebaliknya. Jelas, tindakan perlu diambil segera.
Esok
yang lebih baik.
Memenangi hati rakyat tidak patut didefinisikan dengan membeli hati rakyat semata-mata. Ia lebih daripada itu.
Usah lupa, kunci kuasa merdeka itu ada pada rakyat dan bakal diterjemah. Bukan sekadar menepati janji, bahkan merealisasi hari esok yang lebih baik.
Masa hadapan tentunya berbeza dari masa lalu. Kita tidak akan dan tidak boleh kembali kepada masa lampau. Oleh itu, kita mesti belajar cara untuk menghadapi masa hadapan kerana pelajaran masa lalu tidak mampu memberi jawapan. -Charles Handy
No comments:
Post a Comment