Hampir
beberapa kali juga MS memainkan video bicara Tun ini. Cuba mencari dan memahami
setiap bait pertuturan Tun. Seperti biasa, setiap bicara Tun tidak dapat dinafi
tidakkan, ia benar dan sinis.
Persoalan
yang menarik perhatian MS apabila Tun berkata mengenai persepsi orang ramai, apa
perlunya mereka menyokong orang yang mementingkan diri sendiri?
(Diri sendiri merujuk kepada
kepimpinan UMNO)
Tertarik
apabila ada yang mengatakan jika UMNO gagal mencari remedy yang tepat untuk mengubati penyakit dalam UMNO, maka UMNO
akan parah.
UMNO
sebuah parti yang memperjuangkan kepentingan Melayu. Asas fahaman yang jelas
dalam namanya sendiri. Memperjuangkan Melayu itu juga bermakna memperjuangkan
Islam kerana Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu. Itu realiti di negara kita.
Adakah kerana menyokong hukum hudud baru layak menjadi Islam? Bagaimana hukum
qisas dan ta’zir? Kenapa tidak pula Melayu itu menjadi satu?
Siap
sedialah kita untuk digelar rasis hanya kerana apabila kita bercerita tentang
orang Melayu, bangsa kita sendiri. Saat kita dituduh rasis, adakah mereka tidak
rasis? Mereka juga berjuang untuk kepentingan bangsa mereka.
Dilema
Melayu kini dikatakan berpunca perpecahan orang Melayu yang tidak lagi
mengutamakan bangsa Melayu dan kerana Melayu telah lemah dan takut untuk
mempertahankan bangsa kita sendiri. Benarkah?
Pernah
satu ketika di sebuah pasaraya, MS ternampak 4 orang anak muda Melayu yang
bekerja sebagai jurujual sebuah syarikat buku cerita kanak-kanak dimarah dan
dimaki di hadapan kedai oleh penyelia mereka yang berbangsa Cina. MS pernah
juga terserempak situasi yang sama beberapa kali di tempat lain. Mungkin benar,
mereka adalah pekerja dan dimarah kerana kerja. Itu baru kuasa sebagai tauke
atau bos dan Melayu sebagai kuli. Namun, ada pernahkah kita terfikir jika
mereka mempunyai kuasa memerintah? Jika nak dibanding orang kita, pasti kita
akan marah dan menegur tapi tidaklah sehingga memalukan di tempat terbuka.
Harini
kita masih ada kuasa, esok lusa belum tentu. Puncuk pangkalnya, berbaliklah
kepada perjuangan berlandaskan Agama, Bangsa dan Tanah Air.
"Baik buruk bangsa
Melayu bergantung kepada orang Melayu itu sendiri. Kalau mereka hapus, itu
pilihan mereka,". -Tun M
Rasiskah?
Usah malu bercerita tentang bangsa sendiri.
No comments:
Post a Comment