Tuesday 26 June 2012

KARNIVAL KERJAYA LAIN DARI YANG LAIN!!!


Mari bersama-sama mengejar impian di Karnival Kerjaya ini. Sebarkan kepada rakan-rakan.

Monday 25 June 2012

Pendedahan Dialog Ah Jib Gor Dengan Belia Cina di UM


Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya menjadi saksi apabila hampir 5 ribu belia Tiong Hua berkumpul dalam Majlis Dialog Bersama-sama Perdana Menteri Malaysia.

Majlis ini diadakan bertujuan bagi membolehkan belia-belia Tiong Hua berjumpa dengan YAB Perdana Menteri bagi mengusulkan idea-idea mereka di samping merapatkan belia-belia Cina dengan PM.

Sesi dialog ini telah dimanfaatkan sebaiknya apabila beberapa tuntutan diusulkan oleh 8 pertubuhan Cina kepada YAB PM.

Antara tuntutan yang diusulkan:  
             
1.   Belia Cina mohon mansuhkan 1% PTPTN
2.   Pengurangan cukai pendapatan dalam bajet nanti
3.   Mohon tubuhkan tabung belia Cina dengan kadar bunga rendah bagi memudahkan belia Cina memulakan perniagaan.
4.   Dapat menarik projek mega lagi bagi merancakkan ekonomi
5.   Kuatkuasakan/ ketatkan penguatkuasaan pencemaran alam sekitar

Antara persoalan yang diajukan:

Dalam melaksanakan program transformasi, apa pandangan Najib tentang peningkatan kritikan Cina yang makin meningkat.
“Kerajaan akan sentiasa mendengar pandangan setiap pihak untuk dipikir dan dilaksanakan jika ia mendatangkan manfaat kepada semua”. jelas PM.
Kerajaan tak nak dengar isu. Ramai yang main isu macam-macam harini. Kerajaan nak dengar cadangan penyelesaian, itu lebih penting daripada isu-isu.

Kenapa masih ada pegawai kerajaan masih mengkritik kaum Cina?
PM mengharapkan jangan ambil hati atau terasa hati jika ada 1 atau 2 orang memberi komen yang mengguris perasaan kaum Cina. Abaikan 1 atau 2 orang yang tak betul ini. Ia bukan daripada Kerajaan.

Sejauhmana Kerajaan dapat menjamin kaum Cina jika Kerajaan masih mengamalkan sistem kuota.
Isu kuota, tidak sepatutnya menjadi persoalan... Kita akan sentiasa membantu.
PM turut menyeru agar tidak berfikir dalam kelompok kaum.
“Jika fikir dalam kelompok kaum, memang kita tidak akan puas hati. Kita harus pikir kelompok sebagai Rakyat Malaysia. Jadi kita akan membantu bumiputera kerana bumiputera banyak ketinggalan’”.

Jika PAS menang banyak nanti sekiranya PAS mohon masuk kabinet, adakah BN akan terima?
Jika PAS masuk BN dalam PRU, maka adalah kabinet bersama.

Apakah langkah PM akan ambil supaya masyarakat sedar apa itu fitnah/ rasuah yang dibuat?
Tolong jangan beri jika nak kurangkan salah. Kena ubah budaya. Itu penting dalam menangani rasuah ini.
Kerajaan tengah struktur SPRM bagi tingkatkan kualiti isu rasuah ini. Dalam online boleh bagi senarai nama orang yang terlibat rasuah. Nanti kita akan memantau. Jangan asyik salahkan BN sahaja bila libatkan rasuah. PR pun ada.

Tangani rasuah, tangani fitnah.

Kita harus kuatkan penjelasan fakta yang sebenar. Perlu analisis dan jangan terpengaruh sahaja bulat-bulat.

Jika MCA kalah semua dalam PRU, adakah akan ada wakil Cina dalam kabinet?
Kena bantu undi MCA bagi menangla. Bukan soal ada atau tidak dan bukan soal pemimpin. Kita harus kerja kuat untuk menangkan MCA.
Please support MCA dan kuatkan kemenangan Kerajaan dalam PRU akan datang bagi masa depan yang lebih baik.

++++
Dalam majlis ini, PM ada menekankan bahawa program transformasi bukan untuk jangka masa pendek tetapi untuk mencapai negara maju. “Jangan melihat apa yang Kerajaan buat itu tidak mencapai kejayaan. Ia untuk jangka masa panjang dan mengambil masa,”.

Falsafah Sun Tzu, korbankan perak untuk emas yang bermaksud korbankan jangka masa pendek untuk jangka masa panjang. Pelaburan yang dibuat hari ini jangan dilihat sebagai agenda untuk PRU13 semata-mata bahkan bagi memastikan kedaulatan dan kemerdekaan negara tercinta ini adalah untuk selamanya.

Jika dilihat kepada persoalan dan usul yang diajukan, MS melihat bahawa belia Tiong Hua ini prihatin terhadap masa depan negara. MS percaya jawapan yang diberikan oleh YAB PM bukanlah sebagai jawapan kepada belia Tiong Hua ini semata-mata bahkan sebagai panduan kepada kita semua, khususnya golongan anak muda. 


Syabas dan tahniah kepada semua.

Sila SINI  untuk entry lain majlis ini.

Sunday 24 June 2012

Ah Jib Gor Diraih Idola-Idola di UM

Sekarang sedang berlangsungnya Majlis Dialog Belia Cina bersama-sama YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Majlis ini berlangsung di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya. Dianggarkan seramai 5000 belia Tiong Hua daripada seluruh Malaysia turut bersama-sama dalam majlis ini.

Majlis ini didahului dengan forum perdana dan seterusnya sesi dialog bersama YAB Perdana Menteri.

Dilaporkan juga terdapat cubaan nakal daripada SMM, PMI dan Pro M yang cuba untuk merosakkan majlis ini. Namun apakan daya, jelas anak-anak muda Tiong Hua ini tidak terpengaruh dengan anasir-anasir yang cemburu dengan keramahan dan sokongan kepada YAB Perdana Menteri.

Majlis Dialog Belia Cina Bersama-sama Perdana Menteri

Tepukan gemuruh daripada sidang dewan


Persediaan sebelum majlis bermula

Dewan Tunku Canselor yang dibanjiri dengan belia yang hadir

I Love PM. What about you?


I LOVE PM.

Wednesday 13 June 2012

Tangguh Haji. Daulatkan Politik Itu Jihad?


 Menunaikan Rukun Islam kelima bagi umat Islam merupakan hasrat bagi setiap umat Islam. Pasti bukan gelaran Haji atau Hajjah sebenarnya yang dicari namun bagi menyahut seruan ke rumah Allah itu sendiri adalah yang paling utama.

Tahun ini, panggilan suci itu telah bergema. Kumpulan pertama jemaah haji dijadualkan akan berlepas pada bulan September, namun tarikh penerbangan masih lagi sedang dikemaskini oleh Lembaga Tabung Haji. Dapat maklum, InsyAllah bulan Ogos barulah tarikh penerbangan yang sebenarnya akan diperoleh.

Dalam kehangatan persediaan bagi menunaikan haji serta kerancakkan angin gelombang PRU 13, MS berpendapat adalah sangat tidak wajar meminta agar ahli khususnya jentera pilihan raya baik kerajaan atau pembangkang untuk menangguhkan seruan haji mereka. 


Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan penangguhan ibadat haji itu adalah wajar kerana PAS memerlukan jentera parti untuk melaksanakan gerak kerja semasa pilihan raya nanti.

Jika menolak atau mematikan panggilan sesama manusia itu normal, tapi bagaimana pula apabila menangguhkan atau menolak panggilan dan seruan dari Yang Maha Kuasa?

Tuan Guru Nik Aziz pernah menjatuhkan hukum wajib semata-mata untuk turun berdemonstran pada Bersih 3.0 yang lalu.


Jelas, tindakan ini mendaulatkan politik berbanding yang hak iaitu mendaulatkan agama. Keutamaan dan tuntutan agama perlu didahulukan. Bukankah itu yang selalu dilaungkan oleh mereka?

Jika benar PAS sudah tersasar, maka bubar sahajalah nama PAS itu sendiri, Parti Islam SeMalaysia.


p/s: Jika benar ramai ahli atau jentera PAS yang akan tarik diri daripada menunaikan haji tahun ini, maklumkanlah segera. Ramai lagi yang masih menunggu giliran untuk menunaikan Rukun Islam Kelima ini.

Tuesday 12 June 2012

Nizar Angkat Bendera Putih. Daulat Tuanku Sultan Johor.

Akhirnya, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bekas Menteri Besar Perak dan juga merupakan Timbalan Persuruhjaya PAS Perak sedia memohon kemaafan daripada Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

"Selepas Sultan Johor menyatakan bahawa elok saya memohon kemaafan kepada rakyat Johor, hari ini saya ingin menyatakan seikhlas hati bahawa saya ingin sangat untuk mohon kemaafan kepada Sultan Johor sendiri”.

"Tweet saya adalah pandangan peribadi dan umum daripada seorang rakyat biasa tanpa ditujukan kepada mana-mana pihak... ini yang perlu diperjelas kepada Sultan Johor supaya tiada lagi spekulasi dan salah faham selepas ini,".

Dimaklumkan bahawa pihak Polis telah menerima sebanyal 46 laporan dan keterangan telah pun diambil. Pertikaian mengenai bidaan plat kenderaan WWW1 ini telah menyebabkan kes Nizar ini disiasat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948.

Bagi MS, Nizar sebenarnya tidak gentar akan dakwaan berkenaan namun gemuruh melihat semangat rakyat negeri Johor dalam Himpunan Taat Setia, 10 Jun yang lalu. Lautan manusia yang membanjiri Istana Pasir Pelangi jelas membuktikan tomahan Nizar adalah kosong semata-mata.

Rakyat Johor terang bersuluh sayang dan setia akan DYMM Sultan Johor, namun siapa pula yang sanggup berada bersama Nizar?
 
Tindakan Sultan Johor meletakkan plat WWW 1 yang dibida Tuanku yang berharga 10 kali ganda daripada Satrio Neo Tuanku, jelas menunjukkan betapa Tuanku Sultan mengiktiraf dan mengangkat kereta buatan nasional.
Titah DYMM Sultan Johor untuk renungan bersama.

“Saya ada permintaan. Saya nak rakyat saya semua bersatu, tak kira kaum, mesti bersatu. Bersatu kita kuat, bercerai kita runtuh,”.

Daulat Tuanku.


p/s: Benarlah, terlajak perahu boleh diundur.



Sunday 10 June 2012

Friday 8 June 2012

KENYATAAN AKHBAR PEMBEKUAN PTPTN UNTUK UNISEL



KENYATAAN AKHBAR
BERKAITAN ISU PEMBEKUAN
PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN)
7     JUN 2012.



1.   Sejak akhir-akhir ini, terdapat suara dan desakan supaya pendidikan percuma diperkenalkan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan.

2.   PTPTN sentiasa mengikuti perkembangan ini dan memandangkan berat cadangan dan desakan tersebut, terutamanya ia datang daripada parti pembangkang yang kebetulan adalah kerajaan di negeri Selangor, PTPTN beranggapan bahawa IPT yang dikuasai oleh kerajaan negeri seperti Universiti Industri Selangor (UNISEL) dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) bersedia dan komited untuk memberikan pendidikan percuma kepada para pelajarnya sekaligus menolak pinjaman PTPTN.

3.   PTPTN percaya ada kesungguhan kerajaan negeri untuk melaksanakan pendidikan percuma dan dengan demikian, pinjaman PTPTN untuk para pelajar tidak diperlukan. PTPTN telah menimbang perkembangan ini dan membuat keputusan untuk menangguhkan pinjaman PTPTN kepada para pelajar Universiti Industri Selangor (UNISEL) buat sementara waktu. Keputusan ini telah dimaklumkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

4.   Tambahan pula, terdapat kenyataan yang dibuat oleh Penasihat Ekonomi Selangor, Dato’ Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini yang menggesa agar peminjam tidak membayar PTPTN, akan menjejaskan keupayaan pembiayaan PTPTN di mana dana bayaran balik ini akan digunakan untuk membiayai pinjaman bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian termasuk di UNISEL.

5.   Dalam situasi begini, PTPTN perlu mengambil masa untuk mengkaji implikasi kewangan yang bakal ditanggung apabila peminjam tidak membayar balik dan sudah tentulah akan menjejaskan kemampuan PTPTN memberi pinjaman kepada pelajar baharu. Seterusnya, PTPTN akan membuat keputusan muktamad selepas berpuas hati mengenai pendirian dan jaminan UNISEL dalam perkara ini.

Thursday 7 June 2012

Kedai Rakyat 1Malaysia: 1 Tahun Berlalu


Berdepan dengan isu peningkatan harga barangan semasa dan subsidi, inisiatif Kerajaan menerusi kepimpinan YAB Perdana Menteri, DS Najib Razak memperkenalkan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) merupakan penawar terhadap peningkatan kos hidup semasa rakyat. Jelas konsep ‘Rakyat Didahulukan’ bukan sekadar slogan.

Bermula dengan pembukaan KR1M yang pertama di stesen LRT Kelana Jaya pada 22 Jun 2011 yang lalu, bilangan KR1M bertambah ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Permohonan baru yang meningkat diterima oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) membuktikan keyakinan pengusaha-pengusaha untuk melabur dan membuka KR1M di samping keyakinan untuk pengguna mendapatkan barangan yang berkualiti dengan harga yang berpatutan. Tambahan lagi, dengan adanya peningkatan pulangan keuntungan antara 30 hingga 40 peratus oleh pemilik KR1M. Menjelang 2020, sasaran 5000 kedai runcit akan ditukar di bawah Projek Transformasi Kedai Runcit (Tukar).

Persepsi mudah dalam masyarakat ialah apabila produk itu murah, maka produk berkenaan adalah tidak berkualiti. MS akui turut berhadapan dengan persepsi ini. Perbandingan harga sebagai contoh; RM 20.50 bagi pek lampin pakai buang bayi (RM40), RM 2.05 bagi setin krimer (RM 2.80), dan RM 6.80 bagi sebotol kordial (RM9.90). Congak mudah, kita dapat melihat penawaran penjimatan harga barangan hampir 50% berbanding jenama lain di pasaran. Inilah subsidi peruntukan RM40 juta setahun disampaikan kepada rakyat dalam bentuk berbeza namun mampu memberikan kesan terhadap pembangunan ekonomi.

Meskipun KR1M pernah berhadapan dengan kontroversi sebagaimana yang dimainkan oleh pihak pembangkang, rakyat tetap menyambut baik KR1M. Pemantauan mutu dan keselamatan produk-produk KR1M oleh Unit Pemantauan Khas dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menambahkan lagi keyakinan para pengguna.

Sebagai pelajar, usaha Kerajaan membawa KR1M dan Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M) di Institut Pengajian Tinggi dinikmati oleh pelajar dengan sebaiknya. Mana tidak, jika mereka yang berpendapatan sendiri berbelanja di KR1M, apatah lagi golongan pelajar yang belum berpendapatan sendiri serta bergantung dengan pinjaman mahupun biasiswa.

Bagi yang masih belum berbelanja di KR1M, datanglah ke kedai-kedai KR1M dan buatlah perbandingan. Bukankah itu lebih baik daripada membuat penilaian atas penilaian orang lain.

p/s: Jika berpeluang mendapatkan produk pada kualiti yang sama dengan harga yang lebih murah, kenapa katakan TIDAK?


Wednesday 6 June 2012

PR Kunci Nasib Pelajar Unisel


Momokkan seperti ini yang disemai dalam jelajah PR untuk PRU13. Pembekuan pinjaman PTPTN bagi pelajar Unisel bukti bahawa Kerajaan sekarang sudah tidak relevan untuk memerintah? Jika benar, adakah PR akan menjadi pilihan rakyat khususnya anak muda?
“Bagi pelajar yang sudah menerima PTPTN, pinjaman mereka akan diteruskan seperti biasa. Pembekuan ini hanya libatkan permohonan baru,” –DS Khaled Nordin.
MS tertarik apabila pembekuan PTPTN bagi pelajar Unisel ini disifatkan sebagai menghukum mahasiswa yang menyokong dasar pendidikan percuma Pakatan Rakyat. Jika benar, sejauhmanakah pembekuan ini menghukum? Kenyataan media Pengarah Biro Mahasiswa yang mempersoalkan tindakan ini PTPTN ini seolah-olah lupa dengan janji-janji PR sendiri.

Bukankah PTPTN sudah tidak relevan? Seharusnya, pembekuan PTPTN tidak sepatutnya dijadikan isu bahkan menjadi bonus bagi PR mengotakan janji mereka. Jika profesionalisme yang menjadi persoalan pembekuan PTPTN ini, maka Exco Pendidikan Selangor, Dr Halimah Ali yang sepastinya jelas naluri seorang wanita, naluri keibuan lebih mengerti naluri anak-anak yang menanti janji dikota.

Apa kata buktikan sekarang sebelum anak-anak muda di negeri-negeri lain memberikan undi mereka kelak. Inilah masanya.

Cadangan lain, Pengarah Biro Mahasiswa bolehlah mengetuai demo “Occupy Unisel”. Berkhemah dan tuntutlah hak bagi nilai undi anak muda.

Realitinya kini, ramai telah menerima surat tawaran penukaran ujrah 1% daripada pihak PTPTN. Kos pentadbiran yang selama ini dikenakan 3% kini boleh ditukar menjadi 1% dengan syarat para peminjam perlulah mengemaskini surat tawaran. Adakah PTPTN masih lagi membebankan atau menindas?

Yang masih taksub, tetap akan kata PTPTN tidak relevan. Pendidikan akan terus dipolitikkan selagi PR tidak memerintah.

p/s: Pasti berita gembira jika pendahuluan RM500 yang dikenakan itu percuma. Mana tidak, bukankah pelajar-pelajar IPT lain dapat pendahuluan RM1500 ?Jelas, Unisel sahaja yang bermasalah.

Lebih info mengenai Ujrah 1%, klik SINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...