Wednesday, 13 March 2013

Nota Ringkas Untuk Perwira #Malaysia #LahadDatu

Dedikasi khas buat semua anggota keselamatan Tanah Air yang sedang berjuang di medan perbatasan, mempertahankan kedaulatan negara tercinta, Bumi bertuah, Malaysia.






AlFatihah buat semua anggota keselamatan kita yang telah terkorban.

Ringkasan #Conversation With The PM. Ini Jawapan Najib



 


KUALA LUMPUR: “Conversation with the PM” yang disiarkan menerusi TV3 dan Astro AWANI pada malam Selasa menampilkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjawab pelbagai soalan termasuk mengenai pilihan raya, Bantuan Rakyat 1Malaysia, penurunan harga kereta, kecekapan sistem pengangkutan awam, dan juga krisis pencerobohan di Lahad Datu.

Berikut adalah antara penjelasan utama Perdana Menteri semasa siaran rancangan berkenaan, yang turut dianjurkan bersama akhbar
New Straits Times.

Pilihan raya (PRU)
Najib: Mesej utama untuk pengundi adalah yang terbaik akan menyusul. Kami telah melakukan banyak perkara dalam tempoh empat tahun ini, dan jikalau anda memberikan mandat kepada kami, saya berjanjikan untuk berusaha lebih baik untuk lima tahun akan datang.

Prestasi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya
Najib: Kami optimis namun masih berpada. Apabila tiba pilihan raya, kita tidak boleh mengambil dengan mudah. Kami telah melakukan penilaian dan kami percaya bahawa rakyat menyokong kami. Rakyat merasakan bahawa masa depan mereka lebih terjamin dengan Barisan Nasional.

Barisan calon BN untuk pilihan raya
Najib: Hampir siap tetapi setiap kali kita lihat senarai calon, kita rasa mahu membuat perubahan. Saya rasa sampai saat kita umum nanti mungkin akan ada sedikit sebanyak perubahan tetapi asasnya sudah ada.  Kriterianya adalah
winnable candidates. Sesiapa yang dikategorikan sebagaiwinnable candidateakan dicalonkan sebagai calon kita.

Rombakan sistem pilihan raya
Najib: Pilihan raya di Malaysia sentiasa dikendalikan dengan adil. Jikalau tidak, pihak BN tidak akan hilang majoriti dua pertiga dan lima negeri pada pilihan raya tahun 2008. Kelantan tidak akan diperintah oleh pihak pembangkang lebih dari 20 tahun.

Ekonomi
Najib: Saya boleh merujuk statistik yang menunjukkan daya tahan yang kukuh ekonomi negara kita. Apabila kita bercakap mengenai manfaat kepada rakyat dari 2009 hingga 2011, Pendapatan Negara Kasar (GNI) per kapita telah berkembang daripada US$6,670 kepada US$9,970, atau kira-kira 49 peratus.

Sabah
Najib: Ia adalah peringatan bukan sahaja untuk kerajaan tetapi rakyat, termasuk rakyat Sabah bahawa terdapat ancaman luar. Kita mesti berurusan dengan ancaman luar, kita mesti bersedia, kita mesti pastikan angkatan tentera dan polis mendapat latihan yang lengkap.

Penurunan harga kereta
Najib: Ia adalah satu proses yang perlu dilihat secara realistik dan pihak kerajaan mengambil proses langkah demi langkah. Pertama sekali, kita telah meminta pengeluar kereta untuk mengurangkan harga kereta secara sukarela. Untuk model tertentu, harganya telahpun dikurangkan dari RM3,000 hingga RM15,000. Ini ada pengurangan yang ketara. Untuk lima tahun akan datang dengan adanya AFTA dan Perjanjian Perdagangan Bebas bersama Jepun dan Australia, ini akan mengurangkan harga kereta import sebanyak 30 peratus.

Kecekapan pengangkutan awam
Najib: Ia sedang dalam proses. Projek MRT ikut jadual dan bajet. Kami telah laksanakan RapidKL dan kami telah melancarkan RapidPenang dan RapidKuantan. Kegunaan LRT sedang meningkat. Kami percaya bahawa dengan memberi fokus kepada sistem pengangkutan awam, kita akan menyediakan orang ramai dengan alternatif. Dalam beberapa tahun akan datang, kerajaan akan dapat memenuhi satu sistem pengangkutan awam mengikut kehendak orang ramai.

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai gimik politik sementara
Najib: Saya boleh memberi jaminan bahawa ini adalah sebahagian daripada strategi keseluruhan ekonomi baru untuk negara. Seperti yang anda tahu, kita telah memberi subsidi dengan cara yang betul. Sebagai contoh, subsidi petroleum sahaja menelan kos sebanyak RM23 bilion setahun. Sebagai perubahan ketara dalam dasar kami, kami mahu memberi subsidi yang mengikut sasaran terperinci. Dengan melakukan BR1M, jumlah kos RM3 bilion sahaja. BR1M telah diterima dengan baik, adil dan saksama. Kami akan teruskan dengan BR1M kerana ia dapat membantu orang yang tepat. Ia bukan gimik. Apabila orang mendapatkan wang, mereka sebenarnya akan keluar dan membeli. Ini bagus untuk ekonomi tempatan dan domestik.

Jenayah jalanan
Najib: Kami komited untuk mengurangkan jenayah. Kami tidak mengatakan bahawa kami akan menghapuskan atau mengurangkan kepada sifar jumlah jenayah di negara ini. Apa yang dijanjikan adalah pengurangan  jenayah yang konsisten di negara ini. Pada tahun 2009, jenayah yang dilaporkan adalah kira-kira pada 210,000. Pada tahun 2011, ia turun ke 160,000. Jenayah masih berlaku di negara ini. Dari berhujah tentang statistik, apa yang perlu kita lakukan adalah untuk bekerjasama dengan kerajaan, polis, agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang, sektor swasta, persatuan penduduk tempatan untuk membantu mengurangkan jenayah.

Kepulangan bakat profesional rakyat Malaysia yang menetap di luar negara
Najib: Sejak kita melancarkan inisiatif seperti TalentCorp, dalam tempoh dua tahun sahaja (2011-2012),  jumlah yang pulang adalah 1600 berbanding dengan tempoh 10 tahun sebelum ini iaitu 1100. Trendnya sangat menggalakkan. Kita perlu melakukan usaha mewujudkan pekerjaan yang dapat memberi ganjaran yang besar. Kalau kita hendak minta mereka balik, kita mesti menyediakan cabaran ataupun peluang yang lebih baik dari sebelum ini.

Kata akhir
Najib: Saya sentiasa berfikir tentang masa depan Malaysia dan rakyat. Saya telah meletakkan hati dan jiwa saya kepada pekerjaan ini. Banyak boleh kita lakukan untuk negara ini dan mengangkat negara ini kepada satu tahap yang lebih tinggi.

Sumber: Astro Awani

Klik SINI  untuk rakaman video #Conversation

Friday, 8 March 2013

Pencerobohan #LahadDatu: Konspirasi Terancang?



Tanya sama Najib, apa sebab goyang.
Nanti jawab Najib, Sabah nak hilang.

Lagu Tanya Sama Pokok ini dilaporkan telah dinyanyikan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berulang-kali dalam setiap ceramah beliau semenjak Disember yang lalu. Beliau turut mengajak mereka yang hadir dalam ceramah untuk sama-sama menyanyikan lagu tersebut.

Tindakan seperti ini bukan sahaja menimbulkan persoalan bahkan mampu menguatkan lagi hujah bahawa insiden pencerobohan ini didalangi oleh beliau dan merupakan konspirasi terancang oleh pembangkang. Jika tidak, bagaimana beliau boleh menyanyikan lagu ini lebih awal?

Nyanyian ini juga turut dipersoalkan oleh YB Datuk Zulkifli Nordin. Beliau mencurigai mesej yang cuba disampaikan oleh Anwar menerusi lagu ini.




Penafian Pembangkang

Pendedahan media asing berhubung perjumpaan Anwar dengan bekas pemimpin Barisan Pembebasan Bangsa Moro (MNLF), Nur Misuari merupakan antara bukti yang boleh mengaitkan penglibatan Anwar dalam pencerobohan ini. Sebagai Ketua Pembangkang, adakah beliau mempunyai kelayakan untuk berbicara mengenai Malaysia dengan orang luar? Beliau bukannya Menteri Luar apatah lagi Perdana Menteri. Nur Misuari juga sepatutnya faham kenyataan ini.



U Ulang, I Saman U. 
Reuters pada 14 Februari melaporkan kumpulan 150 orang diketuai Raja Muda Sulu, Raja Azzumudie mendarat di Lahad Datu bagi menmbincangkan isu tuntutan tanah ekoran jemputan pemimpin pembangkang Malaysia. Pendedahan media asing ini telah dipetik semula oleh Utusan dan TV3 yang seterusnya membangkitkan kemarahan beliau dan tindakan yang sama diambil, saman. Banyak pihak menggesa Anwar untuk menyaman media asing yang membuat pendedahan tersebut, tetapi beliau dilihat tidak berani berbuat demikian. Laporan Reuters ini pula dilaporkan dipetik daripada kenyataan pegawai tinggi tentera Filipina.

Pemimpin pembangkang ini juga telah menafikan tuduhan penglibatan Tian Chua, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan R. Sivarasa, Ahli Majlis Pimpinan Pusat dalam pencerobohan di Sabah. Tian Chuan dan Sivarasa Rasiah didapati telah pergi ke Filipina pada 7 Februari, 2 hari sebelum pengganas menceroboh Kampung Tanduo, 9 Februari.

Datuk Dr Jeffery Kitingan, Presiden Parti Reformasi Sabah (STAR) dan Pengerusi United Borneo Front (UBF) juga dilaporkan turut pernah mengadakan perjumpaan dengan Sultan Muidzullail T. Kiram. UBF ini merupakan parti pembangkang di Sabah dan Sarawak. Beliau juga pernah menjawat sebagai Naib Presiden PKR.


Penglibatan Pembangkang & Konspirasi?

Rentetan pendedahan demi pendedahan yang dibuat mengenai penglibatan pembangkang dalam pencerobohan Sabah yang telah mengorbankan 8 orang anggota keselamatan kita, seharusnya mereka semakin dicurigai. Insiden pencerobohan Lahad Datu ini juga dilaporkan dibiayai. Ini kerana Sultan Jamalullail Kiram tidak mampu menyediakan dana bagi pencerobohan ini. Jika kos rawatan dialisis buah pinggangnya dibiayai oleh kerajaan Filipina, bagaimana pula beliau hendak membiayai?

Sekiranya benar insiden di Sabah ini didalangi pembangkang, ternyata merekalah sebenarnya yang berkonspirasi semata-mata untuk PRU13.  Tindakan mereka ini seharusnya dikecam dan diambil tindakan. Apatah lagi tindakan mereka, khususnya Tian Chua yang memperlekehkan perajurit negara.

 
 
Jika benar, mereka sebenarnya sengaja mengungkit isu tuntutan Sabah oleh Kesultanan Sulu bagi mewujudkan situasi tidak aman dan seterusnya mengambil kesempatan. Tindakan ini boleh disifatkan sebagai perbuatan khianat dan seharusnya Suruhanjaya Khas perlu ditubuhkan bagi menyiasat isu pencerobohan ini. Jika ISA masih ada, sepastinya kita boleh gunakannya serta merta.

Sabah telah diserahkan oleh Kesultanan Sulu kepada British North Borneo Company pada 22 Januari 1878. Disokong juga dengan laporan tinjauan Suruhanjaya Cobbold yang mendapati 2/3 daripada rakyat Sabah bersetuju dengan pembentukan Malaysia. Malaysia juga telah membayar 'cession money' yang merupakan bayaran serahan dan bukannya bayaran sewaan. Ini bermakna Sabah milik Malaysia. Sabah milik kita.

Ya Allah, selamatkanlah negara kami. Selamatkanlah anggota keselamatan kami. Lindungilah negara kami, keamanan & kedaulatan negara kami. 

Tuesday, 15 January 2013

Ikon Mahasiswa Baru? #bawani #uum




Jika dahulu video gangnam, kini video yang melibatkan Presiden Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) dengan seorang pelajar daripada institusi yang sama.

Trend yang sama juga dilihat sama dengan situasi apabila Adam Adli, Safwan Anang hendak menjadi popular. Cuma berbezanya apabila yang hendak dinaikkan ini merupakan ‘heroin’ yang merupakan pelajar berbangsa India serta pelajar perundangan semester 3. Dia juga telah bertanding kerusi umum dalam PRK yang lepas, namun telah dikalahkan oleh calon-calon lain.


Bawani a/p Kaniapan
5 September 1985
Sarjana Muda Undang-Undang, Semester 3


#justice4bawani #salutebawani #weareallbawani ?



 
  “With my great comrade & ayahanda Dr Nasir Nashim. Always inspiring his thought”

 Mesyuarat May Day di office PSM pada tahun 2010?



MS melihat ada pihak yang mahu mengambil kesempatan isu ini. Jika benar hendak memperjuangkan tentang nasib Bawani ini, kenapa baru sekarang sedangkan forum telah dilaksanakan pada 8 Disember tahun lepas? Suatu tempoh yang agak lama.

Bersuara tentang keadilan? Di mana keadilan bagi penganjur, pelajar, MPP dan pihak UUM? Hal ini adalah antara Bawani dan Presiden SW1M. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.  Situasi yang sama berlaku di UPSI dahulu.

Ini kenyataan daripada pelajar yang menjadi Penasihat program ini. 




Adakah ini ikon mahasiswa?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share It