Friday 8 March 2013

Pencerobohan #LahadDatu: Konspirasi Terancang?



Tanya sama Najib, apa sebab goyang.
Nanti jawab Najib, Sabah nak hilang.

Lagu Tanya Sama Pokok ini dilaporkan telah dinyanyikan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berulang-kali dalam setiap ceramah beliau semenjak Disember yang lalu. Beliau turut mengajak mereka yang hadir dalam ceramah untuk sama-sama menyanyikan lagu tersebut.

Tindakan seperti ini bukan sahaja menimbulkan persoalan bahkan mampu menguatkan lagi hujah bahawa insiden pencerobohan ini didalangi oleh beliau dan merupakan konspirasi terancang oleh pembangkang. Jika tidak, bagaimana beliau boleh menyanyikan lagu ini lebih awal?

Nyanyian ini juga turut dipersoalkan oleh YB Datuk Zulkifli Nordin. Beliau mencurigai mesej yang cuba disampaikan oleh Anwar menerusi lagu ini.




Penafian Pembangkang

Pendedahan media asing berhubung perjumpaan Anwar dengan bekas pemimpin Barisan Pembebasan Bangsa Moro (MNLF), Nur Misuari merupakan antara bukti yang boleh mengaitkan penglibatan Anwar dalam pencerobohan ini. Sebagai Ketua Pembangkang, adakah beliau mempunyai kelayakan untuk berbicara mengenai Malaysia dengan orang luar? Beliau bukannya Menteri Luar apatah lagi Perdana Menteri. Nur Misuari juga sepatutnya faham kenyataan ini.



U Ulang, I Saman U. 
Reuters pada 14 Februari melaporkan kumpulan 150 orang diketuai Raja Muda Sulu, Raja Azzumudie mendarat di Lahad Datu bagi menmbincangkan isu tuntutan tanah ekoran jemputan pemimpin pembangkang Malaysia. Pendedahan media asing ini telah dipetik semula oleh Utusan dan TV3 yang seterusnya membangkitkan kemarahan beliau dan tindakan yang sama diambil, saman. Banyak pihak menggesa Anwar untuk menyaman media asing yang membuat pendedahan tersebut, tetapi beliau dilihat tidak berani berbuat demikian. Laporan Reuters ini pula dilaporkan dipetik daripada kenyataan pegawai tinggi tentera Filipina.

Pemimpin pembangkang ini juga telah menafikan tuduhan penglibatan Tian Chua, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan R. Sivarasa, Ahli Majlis Pimpinan Pusat dalam pencerobohan di Sabah. Tian Chuan dan Sivarasa Rasiah didapati telah pergi ke Filipina pada 7 Februari, 2 hari sebelum pengganas menceroboh Kampung Tanduo, 9 Februari.

Datuk Dr Jeffery Kitingan, Presiden Parti Reformasi Sabah (STAR) dan Pengerusi United Borneo Front (UBF) juga dilaporkan turut pernah mengadakan perjumpaan dengan Sultan Muidzullail T. Kiram. UBF ini merupakan parti pembangkang di Sabah dan Sarawak. Beliau juga pernah menjawat sebagai Naib Presiden PKR.


Penglibatan Pembangkang & Konspirasi?

Rentetan pendedahan demi pendedahan yang dibuat mengenai penglibatan pembangkang dalam pencerobohan Sabah yang telah mengorbankan 8 orang anggota keselamatan kita, seharusnya mereka semakin dicurigai. Insiden pencerobohan Lahad Datu ini juga dilaporkan dibiayai. Ini kerana Sultan Jamalullail Kiram tidak mampu menyediakan dana bagi pencerobohan ini. Jika kos rawatan dialisis buah pinggangnya dibiayai oleh kerajaan Filipina, bagaimana pula beliau hendak membiayai?

Sekiranya benar insiden di Sabah ini didalangi pembangkang, ternyata merekalah sebenarnya yang berkonspirasi semata-mata untuk PRU13.  Tindakan mereka ini seharusnya dikecam dan diambil tindakan. Apatah lagi tindakan mereka, khususnya Tian Chua yang memperlekehkan perajurit negara.

 
 
Jika benar, mereka sebenarnya sengaja mengungkit isu tuntutan Sabah oleh Kesultanan Sulu bagi mewujudkan situasi tidak aman dan seterusnya mengambil kesempatan. Tindakan ini boleh disifatkan sebagai perbuatan khianat dan seharusnya Suruhanjaya Khas perlu ditubuhkan bagi menyiasat isu pencerobohan ini. Jika ISA masih ada, sepastinya kita boleh gunakannya serta merta.

Sabah telah diserahkan oleh Kesultanan Sulu kepada British North Borneo Company pada 22 Januari 1878. Disokong juga dengan laporan tinjauan Suruhanjaya Cobbold yang mendapati 2/3 daripada rakyat Sabah bersetuju dengan pembentukan Malaysia. Malaysia juga telah membayar 'cession money' yang merupakan bayaran serahan dan bukannya bayaran sewaan. Ini bermakna Sabah milik Malaysia. Sabah milik kita.

Ya Allah, selamatkanlah negara kami. Selamatkanlah anggota keselamatan kami. Lindungilah negara kami, keamanan & kedaulatan negara kami. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...