Menunaikan Rukun Islam
kelima bagi umat Islam merupakan hasrat bagi setiap umat Islam. Pasti bukan
gelaran Haji atau Hajjah sebenarnya yang dicari namun bagi menyahut seruan ke
rumah Allah itu sendiri adalah yang paling utama.
Tahun ini, panggilan suci
itu telah bergema. Kumpulan pertama jemaah haji dijadualkan akan berlepas pada
bulan September, namun tarikh penerbangan masih lagi sedang dikemaskini oleh
Lembaga Tabung Haji. Dapat maklum, InsyAllah bulan Ogos barulah tarikh
penerbangan yang sebenarnya akan diperoleh.
Dalam kehangatan persediaan bagi
menunaikan haji serta kerancakkan angin gelombang PRU 13, MS berpendapat adalah
sangat tidak wajar meminta agar ahli khususnya jentera pilihan raya baik
kerajaan atau pembangkang untuk menangguhkan seruan haji mereka.
Ketua Penerangan PAS Pusat,
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan penangguhan ibadat haji itu adalah
wajar kerana PAS memerlukan jentera parti untuk melaksanakan gerak kerja semasa
pilihan raya nanti.
Jika menolak atau mematikan
panggilan sesama manusia itu normal, tapi bagaimana pula apabila menangguhkan
atau menolak panggilan dan seruan dari Yang Maha Kuasa?
Tuan Guru Nik Aziz pernah
menjatuhkan hukum wajib semata-mata untuk turun berdemonstran pada Bersih 3.0
yang lalu.
Jelas, tindakan ini mendaulatkan politik berbanding yang hak iaitu mendaulatkan agama. Keutamaan dan tuntutan agama perlu didahulukan. Bukankah itu yang selalu dilaungkan oleh mereka?
Jika benar PAS sudah
tersasar, maka bubar sahajalah nama PAS itu sendiri, Parti Islam SeMalaysia.
p/s: Jika benar ramai ahli atau jentera PAS yang akan tarik diri daripada menunaikan haji tahun ini, maklumkanlah segera. Ramai lagi yang masih menunggu giliran untuk menunaikan Rukun Islam Kelima ini.
No comments:
Post a Comment