Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya menjadi saksi
apabila hampir 5 ribu belia Tiong Hua berkumpul dalam Majlis Dialog
Bersama-sama Perdana Menteri Malaysia.
Majlis ini diadakan bertujuan bagi membolehkan belia-belia
Tiong Hua berjumpa dengan YAB Perdana Menteri bagi mengusulkan idea-idea mereka
di samping merapatkan belia-belia Cina dengan PM.
Sesi dialog ini telah dimanfaatkan sebaiknya apabila
beberapa tuntutan diusulkan oleh 8 pertubuhan Cina kepada YAB PM.
Antara tuntutan yang
diusulkan:
1. Belia
Cina mohon mansuhkan 1% PTPTN
2. Pengurangan
cukai pendapatan dalam bajet nanti
3. Mohon
tubuhkan tabung belia Cina dengan kadar bunga rendah bagi memudahkan belia Cina
memulakan perniagaan.
4. Dapat
menarik projek mega lagi bagi merancakkan ekonomi
5. Kuatkuasakan/
ketatkan penguatkuasaan pencemaran alam sekitar
Antara persoalan yang diajukan:
Dalam melaksanakan program transformasi, apa pandangan Najib tentang
peningkatan kritikan Cina yang makin meningkat.
“Kerajaan akan sentiasa mendengar pandangan setiap pihak
untuk dipikir dan dilaksanakan jika ia mendatangkan manfaat kepada semua”. jelas
PM.
Kerajaan tak nak dengar isu. Ramai yang main isu
macam-macam harini. Kerajaan nak dengar cadangan penyelesaian, itu lebih
penting daripada isu-isu.
Kenapa masih ada pegawai kerajaan masih mengkritik kaum Cina?
PM mengharapkan jangan ambil hati atau terasa hati jika
ada 1 atau 2 orang memberi komen yang mengguris perasaan kaum Cina. Abaikan 1
atau 2 orang yang tak betul ini. Ia bukan daripada Kerajaan.
Sejauhmana Kerajaan dapat menjamin kaum Cina jika Kerajaan masih
mengamalkan sistem kuota.
Isu kuota, tidak sepatutnya menjadi persoalan... Kita
akan sentiasa membantu.
PM turut menyeru agar tidak berfikir dalam kelompok kaum.
“Jika fikir dalam kelompok kaum, memang kita tidak akan
puas hati. Kita harus pikir kelompok sebagai Rakyat Malaysia. Jadi kita akan
membantu bumiputera kerana bumiputera banyak ketinggalan’”.
Jika PAS menang banyak nanti sekiranya PAS mohon masuk kabinet,
adakah BN akan terima?
Jika PAS masuk BN dalam PRU, maka adalah kabinet bersama.
Apakah langkah PM akan ambil supaya masyarakat sedar apa itu fitnah/
rasuah yang dibuat?
Tolong jangan beri jika nak kurangkan salah. Kena ubah
budaya. Itu penting dalam menangani rasuah ini.
Kerajaan tengah struktur SPRM bagi tingkatkan kualiti isu
rasuah ini. Dalam online boleh bagi senarai nama orang yang terlibat rasuah.
Nanti kita akan memantau. Jangan asyik salahkan BN sahaja bila libatkan rasuah.
PR pun ada.
Tangani rasuah, tangani fitnah.
Kita harus kuatkan penjelasan fakta yang sebenar. Perlu
analisis dan jangan terpengaruh sahaja bulat-bulat.
Jika MCA kalah semua dalam PRU, adakah akan ada wakil Cina dalam
kabinet?
Kena bantu undi MCA bagi menangla. Bukan soal ada atau
tidak dan bukan soal pemimpin. Kita harus kerja kuat untuk menangkan MCA.
Please support MCA dan kuatkan kemenangan Kerajaan dalam
PRU akan datang bagi masa depan yang lebih baik.
++++
Dalam majlis ini, PM ada menekankan bahawa program
transformasi bukan untuk jangka masa pendek tetapi untuk mencapai negara maju. “Jangan
melihat apa yang Kerajaan buat itu tidak mencapai kejayaan. Ia untuk jangka
masa panjang dan mengambil masa,”.
Falsafah Sun Tzu, korbankan perak untuk emas yang
bermaksud korbankan jangka masa pendek untuk jangka masa panjang. Pelaburan
yang dibuat hari ini jangan dilihat sebagai agenda untuk PRU13 semata-mata
bahkan bagi memastikan kedaulatan dan kemerdekaan negara tercinta ini adalah
untuk selamanya.
Jika dilihat kepada persoalan dan usul yang diajukan, MS
melihat bahawa belia Tiong Hua ini prihatin terhadap masa depan negara. MS
percaya jawapan yang diberikan oleh YAB PM bukanlah sebagai jawapan kepada
belia Tiong Hua ini semata-mata bahkan sebagai panduan kepada kita semua,
khususnya golongan anak muda.
Syabas dan tahniah kepada semua.
Sila SINI untuk entry lain majlis ini.
No comments:
Post a Comment