Sekarang sedang berlangsungnya Majlis Dialog Belia Cina
bersama-sama YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Majlis ini berlangsung di Dewan Tunku Canselor,
Universiti Malaya. Dianggarkan seramai 5000 belia Tiong Hua daripada seluruh
Malaysia turut bersama-sama dalam majlis ini.
Majlis ini didahului dengan forum perdana dan seterusnya
sesi dialog bersama YAB Perdana Menteri.
Dilaporkan juga terdapat cubaan nakal daripada SMM, PMI
dan Pro M yang cuba untuk merosakkan majlis ini. Namun apakan daya, jelas
anak-anak muda Tiong Hua ini tidak terpengaruh dengan anasir-anasir yang
cemburu dengan keramahan dan sokongan kepada YAB Perdana Menteri.
Majlis Dialog Belia Cina Bersama-sama Perdana Menteri |
Tepukan gemuruh daripada sidang dewan |
Persediaan sebelum majlis bermula |
Dewan Tunku Canselor yang dibanjiri dengan belia yang hadir |
I Love PM. What about you? |
I LOVE PM.
No comments:
Post a Comment