Bagi mereka yang meminati kereta, memiliki nombor plat
yang cantik merupakan salah satu bentuk kepuasan yang ingin dimiliki. Sebelum
pengumuman dibuat tentang keputusan bidaan plat WWW, ramai yang berangan-angan
untuk memiliki plat kenderaan berkenaan. WWW simbolik kepada World Wide Web menjadi rebutan. Akhirnya
bidaan tertinggi WWW1 jatuh kepada DYMM Sultan Johor dengan jumlah RM 520,000. Bidaan
tertinggi dalam sejarah Malaysia.
YB Nizar juga menggambarkan seolah-olah DYMM Sultan Johor telah
mengabaikan kebajikan dan rakyat Johor yang miskin semata-mata bagi kepentingan
DYMM Sultan Johor sendiri. Jika benar Kesultanan Johor selama ini memperlekeh
dan tidak menjaga kebajikan rakyat Johor, sepastinya kita tidak akan melihat
rakyat Johor sendiri mempertahankan DYMM Sultan Johor baik di facebook, blog dan twitter. Sebagai
contoh: SINI dan SINI.
Respon DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim, Tunku
Mahkota Johor;
Keluarga Diraja Johor tidak pernah mengambil apa-apa Wang daripada kerajaan sejak zaman Almarhum Sultan Ibrahim. Silalah bertanya kepada MB atau dari pegawai yang berkaitan. Wang yang diperuntukkan kepada Bapa saya dan saya setiap bulan sebagai Sultan dan Tunku Mahkota dimasukkan ke dalam Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim. Ini bertujuan (Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim) untuk membantu rakyat dan Kerajaan Negeri Johor. Sejak saya menjadi Raja Muda, tidak sekali-kali saya mengambil 1 sen daripada kerajaan hingga ke hari ini. Ia Wang Rakyat saya. Jadi sebelum Anda buka mulut anda, sila selidik.
Jika tindakan DYMM Sultan
Johor ini dilihat memakan duit rakyat, sila perjelas bagaimana pula dengan plat
Nik Aziz (DV1) dan Azizan (KCX8)? Perbandingan mudah boleh dibuat jika hendak
dibandingkan kemampuan membeli antara DYMM Sultan dan juga Menteri Besar. Cuba
selak sejarah, siapakah Yang Dipertuan Agong ke-8 yang dilabel “Raja Tak
Bergaji” kerana telah mendermakan kesemua elaun berjumlah RM3.8 juta kepada
badan kebajikan. Jika dipersoal dari segi kemampuan, DYMM Sultan Johor lebih
daripada mampu untuk membida plat berkenaan.
p/s: Meskipun DYMM Sultan
Johor bukanlah Sultan Perak, usahlah hendak menderhaka. Tarik balik jika benar
YB Nizar faham dan hormat akan institusi beraja. Usah menderhaka.
mungkin nizar terlupa bahawa Raja Zarith Sofia adalah kerabat diraja Perak...
ReplyDeletehttp://mohdnajib27.blogspot.com/2012/06/pas-johor-bengang-dengan-nizar.html
Mungkin Nizar terlupa, mungkin juga dia tidak tahu.
ReplyDelete