Friday 11 January 2013

#HKR112 Untuk Rakyat?


Sekali lagi bumi Malaysia bakal dicemarkan oleh mereka yang sangat gemar dengan himpunan jalanan serta taksub dengan politik semata-mata. Penganjur kerap mengulangi dan menegaskan bahawa perhimpunan Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013 esok akan berlangsung secara aman serta menolak andaian akan berlaku keganasan.



Sekiranya esok berlakunya kucar-kacir dan keganasan, sepastinya modal sama yang akan digunakan. Pihak polis akan dipersalahkan, diganggu oleh ejen BN-PEKIDA atau PERKASA disamping terus menunding jari kepada pihak lain.

Mungkinkah juga akan dihadiri oleh sejuta orang sebagaimana yang disasarkan? Tidak mustahil  dan tidak juga perlu dipersoalkan kerana jumlah yang hadir pasti akan lebih ramai daripada jumlah yang sebenar.  Bukan tuduhan, tapi lihat sahaja poster-poster edited mereka. Terdesak sangat mungkin.

Stadium Merdeka yang jelas hanya mampu memuatkan 30,000 orang tetap menjadi pilihan penganjur meskipun pihak polis telah mengesyorkan agar pihak pengajur menukar tempat ke Stadium Bukit Jalil yang ternyata boleh memuatkan lebih ramai orang. 

Setiap himpunan mereka ternyata tiada pernah aman. Buktinya, lihat sahaja siri-siri himpunan Bersih yang dianjurkan mereka. Penuh kucar-kacir serta berakhir dengan kekotoran. Itu belum lagi kerugian akibat kerosakan harta benda awam serta kerugian yang terpaksa ditanggung oleh peniaga yang berniaga di sekitar kawasan perhimpunan.

Dengan adanya Akta Perhimpunan Aman 2012, ia memberikan ruang untuk orang awam mengadakan perhimpunan secara aman. Penggubalan akta ini juga tidak bermakna menggalakkan orang awam untuk mengadakan perhimpunan. Namun begitu, MS melihat trend yang berlaku kini, segala-galanya hendak diselesaikan dengan perhimpunan yang kononnya aman. Pilihan utama untuk bersuara, alternatif protes yang popular.
AKTA PERHIMPUNAN AMAN 2012 (AKTA 736)

SEKSYEN 4 Hak untuk menganjurkan perhimpunan atau menyertai perhimpunan
1)   Hak untuk menganjurkan perhimpunan atau menyertai secara aman dan tanpa senjata:
a)   Seseorang bukan warganegara
b)   Perhimpunan yang diadakan di tempat larangan san jarak 50 meter dari had tempat larangan
c)   Protes jalanan
d)   Seseorang di bawah umur 21 tahun
e)   Penyertaan kanak-kanak bagi perhimpunan keagamaan, pengebumian, berhubung dengan adat, perhimpunan diluluskan oleh Menteri.
2)   Seseorang melakukan kesalahan:
a)   Bukan warganegara menyertai perhimpunan
b)   Menganjurkan perhimpunan di tempat larangan san dalam jarak 50 meter dari had larangan
c)   Menyertai dan menganjur protes jalanan
d)   Seseorang bawah umur 21 tahun menganjurkan perhimpunan
e)   Kanak-kanak menyertai perhimpunan
f)    Merekrut atau membawa kanak-kanak untuk perhimpunan
3)   Melanggar kesalahan di bawah (2) (a), (b), (c), (d) dan (e) dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM10,000.00
4)   Seseorang melakukan kesalahan di bawah seksyen 2(f) dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM 20,000.00.

Sekiranya terdapat ibu bapa yang didapati membawa kanak-kanak berhimpun juga esok mereka boleh diambil tindakan mengikut subseksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001: Denda tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. 

Menarik apabila ada anak muda yang menyifatkan HKR 12 Januari adalah manifestasi bantahan dan penolakan sistem demokrasi negara. Namun, mampukah mereka membuktikan bahawa mereka sendiri tidak korup?

Usah melalak dan berteriak ingin melakukan perubahan jika perubahan yang kononnya diperjuangkan itu jelas lebih memudaratkan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...