Kelab Tiada Dara?
Pendedahan mengenai segelintir mahasiswi IPT berusia antara 19 hingga 21 tahun yang
menjualkan diri dan merana akibat HIV mula menjadi topik perbualan. Pendedahan
yang bukanlah untuk mengaibkan bahkan sebagai iktibar khususnya rakan-rakan
siswi.
Ada yang kata faktor
persekitaran, ada yang kata faktor ibu bapa, faktor kesempitan hidup. Pelbagai
faktor dikatakan yang menyebabkan mahasiswi ini terjerumus ke lembah hitam ini.
Berkongsi. Ada yang menderita kerana HIV. |
Mereka yang masih ada dara
pula akan dipecat keahliannya daripada kumpulan ini. Yang dah jadi ahli pula
sanggup menahan sakit akibat membuat tatu ‘tiada dara’ serta membayar sehingga
RM150.
Sayang, betapa murahnya
harga kesucian yang dianugerahkan semata-mata untuk pertukaran duniawi.
Siapakah yang patut
dipersalahkan? Bagaimana pula nak mengatasi masalah seperti ini? Yang pasti, tindakan perlu diambil segera.
Rakan siswi, kehormatan yang
dianugerahkan bukanlah untuk dijual meski kalian kononnya gah di menara gading.
Jika tidak, tiada bezanya kalian dengan penghuni Lorong Haji Taib dan yang
sewaktu dengannya.
Pasti kecewa kedua ibu bapa
bila tahu jika kalian salah seorang daripada mereka.
Jika ada yang telah
terjebak, bertaubat dan berubahlah. Jangan pula tunggu sehingga menderita kerana HIV.
Sesungguhnya, Dia Maha
Pengampun.
No comments:
Post a Comment