Tuesday 15 January 2013

Ikon Mahasiswa Baru? #bawani #uum




Jika dahulu video gangnam, kini video yang melibatkan Presiden Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) dengan seorang pelajar daripada institusi yang sama.

Trend yang sama juga dilihat sama dengan situasi apabila Adam Adli, Safwan Anang hendak menjadi popular. Cuma berbezanya apabila yang hendak dinaikkan ini merupakan ‘heroin’ yang merupakan pelajar berbangsa India serta pelajar perundangan semester 3. Dia juga telah bertanding kerusi umum dalam PRK yang lepas, namun telah dikalahkan oleh calon-calon lain.


Bawani a/p Kaniapan
5 September 1985
Sarjana Muda Undang-Undang, Semester 3


#justice4bawani #salutebawani #weareallbawani ?



 
  “With my great comrade & ayahanda Dr Nasir Nashim. Always inspiring his thought”

 Mesyuarat May Day di office PSM pada tahun 2010?



MS melihat ada pihak yang mahu mengambil kesempatan isu ini. Jika benar hendak memperjuangkan tentang nasib Bawani ini, kenapa baru sekarang sedangkan forum telah dilaksanakan pada 8 Disember tahun lepas? Suatu tempoh yang agak lama.

Bersuara tentang keadilan? Di mana keadilan bagi penganjur, pelajar, MPP dan pihak UUM? Hal ini adalah antara Bawani dan Presiden SW1M. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.  Situasi yang sama berlaku di UPSI dahulu.

Ini kenyataan daripada pelajar yang menjadi Penasihat program ini. 




Adakah ini ikon mahasiswa?


Saturday 12 January 2013

Berlainan Imam, Berlainan Kiblat? #HKR #KL112


Apa pula sudah jadi? 


Jika gambar ini menunjukkan beberapa puak sedang menunaikan solat berjemaah. Berlainan imam, berpuak-puak dan tidak mampu berjemaah menjadi satu.


Tetapi bagaimana pula dengan gambar ini?


Arah kiblat yang lintang pukang? Utara? Selatan? Timur laut? 
Adakah yang disembah juga lain-lain?


MasyAllah. Nauzubillah.

Himpunan Korup Gagal #HKR #KL112


Respon daripada yang hadir harini dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat HKR #KL112 kelihatan puas. Bangga bahawa apa yang mereka lakukan harini berjaya. BN dikatakan telah hapus. UMNO telah musnah.

Lagi tersenyum puas apabila setiap peserta yang turut bersama-sama dalam HKR harini boleh membuat tuntutan sebanyak RM150, wang upah daripada penganjur. Senyum bertambah lagi lebar.

Terima Upah RM150?

Hebat penganjur. RM150 X 1,000,000? Tak mengapa, banyak bajet lebih. Tak sampai sasarankan? Bukan apa, Stadium Merdeka hanya mampu menampung 30,000 orang. Yang jelas tak sampai 10% daripada jumlah yang disasarkan. Sedangkan jumlah penduduk Malaysia pada hari ini sudah hampir 30 juta orang. 

Dah dapat upah, masuk tabung sini pulak?


Menukar Kerajaan? Menukar bendera? Menukar sistem? Ketaksuban politik, keterbukaan pluralisme agama, tidak faham sejarah bahkan tidak tahu bersyukur. Korup sendiri dibutakan. Inilah sebenarnya malapetaka. 


Sudahlah. Adakah kalian mampu menidakkan setiap apa yang telah diusahakan dan diberikan oleh Kerajaan hari ini? Mudah untuk menjatuhkan tetapi tidak bagi membina apatah lagi mempertahankan sebuah kemerdekaan.



p/s: Ada jugak yang bawak budak-budak?

Friday 11 January 2013

#HKR112 Untuk Rakyat?


Sekali lagi bumi Malaysia bakal dicemarkan oleh mereka yang sangat gemar dengan himpunan jalanan serta taksub dengan politik semata-mata. Penganjur kerap mengulangi dan menegaskan bahawa perhimpunan Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013 esok akan berlangsung secara aman serta menolak andaian akan berlaku keganasan.



Sekiranya esok berlakunya kucar-kacir dan keganasan, sepastinya modal sama yang akan digunakan. Pihak polis akan dipersalahkan, diganggu oleh ejen BN-PEKIDA atau PERKASA disamping terus menunding jari kepada pihak lain.

Mungkinkah juga akan dihadiri oleh sejuta orang sebagaimana yang disasarkan? Tidak mustahil  dan tidak juga perlu dipersoalkan kerana jumlah yang hadir pasti akan lebih ramai daripada jumlah yang sebenar.  Bukan tuduhan, tapi lihat sahaja poster-poster edited mereka. Terdesak sangat mungkin.

Stadium Merdeka yang jelas hanya mampu memuatkan 30,000 orang tetap menjadi pilihan penganjur meskipun pihak polis telah mengesyorkan agar pihak pengajur menukar tempat ke Stadium Bukit Jalil yang ternyata boleh memuatkan lebih ramai orang. 

Setiap himpunan mereka ternyata tiada pernah aman. Buktinya, lihat sahaja siri-siri himpunan Bersih yang dianjurkan mereka. Penuh kucar-kacir serta berakhir dengan kekotoran. Itu belum lagi kerugian akibat kerosakan harta benda awam serta kerugian yang terpaksa ditanggung oleh peniaga yang berniaga di sekitar kawasan perhimpunan.

Dengan adanya Akta Perhimpunan Aman 2012, ia memberikan ruang untuk orang awam mengadakan perhimpunan secara aman. Penggubalan akta ini juga tidak bermakna menggalakkan orang awam untuk mengadakan perhimpunan. Namun begitu, MS melihat trend yang berlaku kini, segala-galanya hendak diselesaikan dengan perhimpunan yang kononnya aman. Pilihan utama untuk bersuara, alternatif protes yang popular.
AKTA PERHIMPUNAN AMAN 2012 (AKTA 736)

SEKSYEN 4 Hak untuk menganjurkan perhimpunan atau menyertai perhimpunan
1)   Hak untuk menganjurkan perhimpunan atau menyertai secara aman dan tanpa senjata:
a)   Seseorang bukan warganegara
b)   Perhimpunan yang diadakan di tempat larangan san jarak 50 meter dari had tempat larangan
c)   Protes jalanan
d)   Seseorang di bawah umur 21 tahun
e)   Penyertaan kanak-kanak bagi perhimpunan keagamaan, pengebumian, berhubung dengan adat, perhimpunan diluluskan oleh Menteri.
2)   Seseorang melakukan kesalahan:
a)   Bukan warganegara menyertai perhimpunan
b)   Menganjurkan perhimpunan di tempat larangan san dalam jarak 50 meter dari had larangan
c)   Menyertai dan menganjur protes jalanan
d)   Seseorang bawah umur 21 tahun menganjurkan perhimpunan
e)   Kanak-kanak menyertai perhimpunan
f)    Merekrut atau membawa kanak-kanak untuk perhimpunan
3)   Melanggar kesalahan di bawah (2) (a), (b), (c), (d) dan (e) dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM10,000.00
4)   Seseorang melakukan kesalahan di bawah seksyen 2(f) dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM 20,000.00.

Sekiranya terdapat ibu bapa yang didapati membawa kanak-kanak berhimpun juga esok mereka boleh diambil tindakan mengikut subseksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001: Denda tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. 

Menarik apabila ada anak muda yang menyifatkan HKR 12 Januari adalah manifestasi bantahan dan penolakan sistem demokrasi negara. Namun, mampukah mereka membuktikan bahawa mereka sendiri tidak korup?

Usah melalak dan berteriak ingin melakukan perubahan jika perubahan yang kononnya diperjuangkan itu jelas lebih memudaratkan.

Thursday 10 January 2013

Kalimah ALLAH Bukan Untuk Mereka




Penggunaan kalimah Allah telah dijelaskan kedudukannya bahawa kalimah Allah itu eksklusif untuk umat Islam semata-mata. Kebangkitan semula isu tuntutan penggunaan kalimah Allah ini oleh Lim Guang Eng baru-baru ini kepada Kerajaan Pusat jelas lebih bersifat permainan politik. Ya, oleh dia yang sepastinya bukan beragama Islam.

Mereka menuntut agar God dalam Bible yang diterjemahkan dalam Bahasa Melayu perlu menggunakan kalimah ALLAH dan bukannya Tuhan.

Persoalan mudah, sila minta anak-anak kecil untuk menterjemah God dalam Bahasa Melayu? Tidak kira baik yang beragama Islam mahupun translate bukan Islam. Adakah God dalam Bahasa Melayu itu Allah? Cuba pula guna aplikasi google. Apakah terjemahan God dalam Bahasa Melayu? Cuba jangan tak cuba.

Penggunaan kalimah Allah, Baitullah, Solat dan Kaabah telah diwartakan eksklusif buat umat Islam sahaja di bawah Warta P.U (A) 15/82 dan pekeliling KKDN S.59//3/6/A bertarikh 5 Disember 1986. Jemaah Menteri yang telah bermesyuarat pada 3 Januari 2008 juga telah memutuskan perkara yang sama. Ini juga rentetetan daripada tuntutan Gereja Katolik yang menuntut penggunaan kalimah Allah pada 2007.

Kita perlu faham penggunaan kalimah Allah yang telah digunakan sejak sebelum kedatangan Islam itu berbeza. Hal ini kerana kalimah Allah yang digunakan oleh Kristian adalah bersifat Taslis dan syirik, bukannya bersifat tauhid. Situasi kita kini ternyata sangat berbeza.

Mengikut Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah agama Persekutuan tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di negara ini. Penggunaan perkataan seperti kalimah syahadat, Allah dan Kaabah telah dikanunkan sebagai suatu hak istimewa untuk Islam sahaja. Jelas dalam perundangan dan terdapat fatwa yang telah dikeluarkan. Namun, kenapa pula hendak dibenarkan penggunaan kalimah Allah itu?
Seorang pemimpin dalam twitternya berkata, agama tidak perlukan ketua. Bagi MS beliau tidak faham serta menafikan Raja dan Sultan sebagai Ketua Agama Islam seterusnya menidakkan Perkara 3 dalam Perlembagaan.

Ada juga mereka yang berbangsa Kristian memohon agar Kerajaan menarik balik larangan penggunaan kalimah Allah kerana baginya tindakan Kerajaan hanya akan menimbulkan kekacauan bahkan mungkin juga darurat akibat rusuhan kaum.

Sayang, mungkin mereka terlupa Perkara 3 dan realiti bahawa majoriti rakyat Malaysia adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Buat mereka yang berbangsa dan beragama lain, perlulah faham dan menghormati. Kita saling memahami, saling menghormati barulah keamanan dalam kepelbagaian di Malaysia ini terpelihara.

Kesepakatan umat Islam perlu dalam memenangi isu ini. Benar menjadi tanggungjawab Kerajaan dalam menangani isu ini. Namun perselisihan pendapat oleh mereka yang digelarkan sebagai ulamak, yang bersetuju penggunaan kalimah Allah ini digunakan oleh mereka yang bukannya beragama Islam adalah amat mengecewakan.

Fatwa-fatwa tentang penggunaan kalimah Islam seolah-olah hanyalah untuk dipermainkan. Mungkin yang tidak beragama Islam tidak tahu, tetapi bagaimana pula dengan kepimpinan yang kononnya berlandaskan Islam tetapi menyokong agar dibenarkan penggunaan kalimah Allah oleh mereka yang bukan beragama Islam? Bukankah akidah mereka akidah Trinity? Mereka ada Tuhan Bapa, anak tuhan?

Sesungguhnya Allah Maha Esa. Kalimah Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...