Tuesday 28 August 2012

Tiada Dara Jadi Trend Siswi IPT


Kelab Tiada Dara? Pendedahan mengenai segelintir mahasiswi IPT berusia antara 19 hingga 21 tahun yang menjualkan diri dan merana akibat HIV mula menjadi topik perbualan. Pendedahan yang bukanlah untuk mengaibkan bahkan sebagai iktibar khususnya rakan-rakan siswi.

Ada yang kata faktor persekitaran, ada yang kata faktor ibu bapa, faktor kesempitan hidup. Pelbagai faktor dikatakan yang menyebabkan mahasiswi ini terjerumus ke lembah hitam ini.

Berkongsi. Ada yang menderita kerana HIV.
Mereka yang masih ada dara pula akan dipecat keahliannya daripada kumpulan ini. Yang dah jadi ahli pula sanggup menahan sakit akibat membuat tatu ‘tiada dara’ serta membayar sehingga RM150.

Sayang, betapa murahnya harga kesucian yang dianugerahkan semata-mata untuk pertukaran duniawi.

Siapakah yang patut dipersalahkan? Bagaimana pula nak mengatasi masalah seperti ini? Yang pasti, tindakan perlu diambil segera.

Rakan siswi, kehormatan yang dianugerahkan bukanlah untuk dijual meski kalian kononnya gah di menara gading. Jika tidak, tiada bezanya kalian dengan penghuni Lorong Haji Taib dan yang sewaktu dengannya.

Pasti kecewa kedua ibu bapa bila tahu jika kalian salah seorang daripada mereka.

Jika ada yang telah terjebak, bertaubat dan berubahlah. Jangan pula tunggu sehingga menderita kerana HIV.

Sesungguhnya, Dia Maha Pengampun.

Monday 27 August 2012

#Merdeka55. Merdeka, Merdeka & Merdeka


Raya telah lebih seminggu berlalu. Hari Merdeka pula kurang dari seminggu atau lebih tepat tinggal 5 hari sahaja lagi.

Apa kata tinggalkan seketika ‘mood’ raya. Bukankah raya itu sebulan, sambutan merdeka pula hanya sehari?

Sudah dikibar Jalur Gemilang? Moga berkibar megah Jalur Gemilang.

MS kongsikan video ringkas untuk kita ertikan kembali apa itu kemerdekaan.



Oh ya, buat Twitterian, jangan lupa untuk follow @TwtUpMerdeka serta berhashtag #Merdeka55.

“ Kita adalah rakyat Malaysia yang tahu nilai kemerdekaan.
Rakyat Malaysia yang taat setia pada negara kita.
Rakyat Malaysia yang sayang pada negara kita.
Kerana dalam hati kita, membakar semangat patriotik yang
tidak boleh diperkecilkan oleh sesiapa”. – DS Najib.


Selamat Menyambut Kemerdekaan ke 55. 
Terima kasih Malaysia!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...